Alkisah disebabkan nak terlalu berjimat, dia pergi cari daun sireh untuk sireh junjung dia di kampung kitaorang. Sanggup tu dia redah belukar tempat ular beranak pinak semata2 nak memetik daun sireh tersebut. Tapi dah nama pun daun sireh kampung jadi daun tu berwarna gelap dan kusam tak cantik untuk digunakan sebagai hantaran. Daun tu kelihatan macam daun liar, kasar dan tak fresh. Urat2 dia pun warna hitam. Kata ayah pulak maybe sebab panas duk dalam bonet kete kan..
Jadi, bila 1st trial nak buat Sireh junjung tu, lepas aku sapu minyak dia jadi lebam dan hitam..Sangat tak cantik! Then disebabkan kitaorang buat semua hantaran dia last minute, sedar2 jam dah pukul 7 malam. Then apa lagi, panik la kitaorang terkial2 nak cari daun sireh yang baru..Masa tu pasar semua pun dah tutup mana nak cari kedai jual sireh lewat macam tu kan? Lagi2 bila benda tu masih dalam minggu orang cuti beraya..Demmm..
Then, aku teringat, tak silap kat Kampung Baru aku pernah ternampak ada kedai florist melayu. Aku tak sure kedai tu buka ke tak sebab masih minggu orang cuti beraya kan. Tapi disebabkan aku ni seorang yang cekal (blweek! Sila muntah sekarang), aku gagahkan juga mencuba nasib usha kedai tu. Alhamdulillah! Sekali bila pergi, find out kedai tu buka pulak! Aku pun terus usha ke dalam peti ais dia (tempat dia simpan bunga2) & tengok bunga apa yang dia ada. Dia kata tak banyak bunga yang ada sebab baru hari tu kedai dia baru dibuka dan banyak pula bunga da habis sebab ramai orang tempah sireh junjung pada hari tu..
Aku agak bernasib baik la sebab kedai tu masih ada balance daun sireh. Dia kata tu pun da last kopek tinggal 40pcs jek..Daun sireh dia pun cantik, warna hijau muda.Then, aku sebat jek yang last kopek tu dan beli beberapa bunga tambahan sebagai penyeri sireh junjung aku tu...Aku beli bunga baby breath, daun jenis pokok paku pakis tu sebagai hiasan dan tambahan 6 kuntum bunga ros juga..Semuanya kos dalam RM 20. Tengah aku borak2 ngan owner kedai tu sekali ternampak banner dia..Harga sireh junjung yang dia buat cuma RM 40 sahaja siap bakul dan riben lagi! Basic bunga ros dan bunga kekwa lah..Kalau nak lagi mahal buh orkid ke, bunga matahari ke kena upgrade la lagi ikut bajet masing2..For me harga tu sangat murah la berbanding kedai lain, busuk2 pun diorg akan jual RM 60 ++...
Tapi disebabkan aku da beli bahan2 semua kan, then aku teruskan je la DIY Sireh junjung adik aku tu sendiri..Sebab aku rasa buat sendiri lagi puas hati dan bermakna walaupun hakikatnya kalau tempah je kat kedai tu lagi murah dan cantik! :P
Tak caya?? Tengok la sendiri...
Ni la bunga harga RM 40 tu.. |
Ni kedai tu |
Ni antara design dia |
Aku beli bunga ni |
Owner dia cakap blog dia lama dah tak update..Nak yang update FB or walk in je le..:P |
bagus ler jue...rajin hapdate kedai2 yang mang dicari2 oleh b2b..like me..hehehe..thanx erk info..ni pun still pending bli lace..kot2 t leh g jenguk kedai ni skali kan..hehe
ReplyDeleteheheh..Thanks...Good to hear that n I glad can help :) U welcome dear!
DeleteKampung baru ni yang area mana ya? Kmpung baru besar meh..
ReplyDelete