Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, August 27, 2012

DIY sireh junjung, bakul hantaran & hiasan buah untuk MAJLIS BERTUNANG adik aku

Sabtu lepas dah berlangsungnya majlis bertunang adik aku..Mengada2 kan adik aku sebab sibuk nak wat majlis lagi advance dari kakak dia sendiri..Tehee..Nak wat macam mana, dah dia yang suarakan hajat nak bertunang dulu sebelum bf aku setuju nak masuk meminang aku pulak :P Jadi, betul la kan, sape lambat dia la yang rugi..ehee..

Jadi sebagai kakak yang baik dah tentulah aku kena tolong menjayakan majlis adik aku tu  instead mensabotaj dia :) Jadi disebabkan aku ada la bakat sikit dalam projek DIY ni jadi aku tolong la handle barang2 hantaran dia tu..Dia pun budak lelaki, jadi memang tak amik kisah pun pasal hantaran dia..Janji tau2 benda da siap kan..Ciss! Sungguh bertuah dia ada kakak macam aku nie..erk..hehehe...Cuma part yang tak best kalau harapkan budak lelaki yang beli barang kahwin memang hancuss..Barang ada je yang tak cukup, jadi aku cuma boleh buat ikut bajet dia dan guna barang yang apa adanya sahaja..Lelaki kan..Nak jimat aje....

So, Jumaat lepas aku pun dengan bersemangat waja apply cuti untuk dia dan men-DIY semua hantaran dia..Adik aku hantar 7 dulang, jadi aku kena la incharge kesemua 7 dulang dia..Antara yang aku DIY ialah hiasan bakul hantaran, bunga rampai, bakul buah-buahan dan Sireh Junjung..Aku tak pernah men-DIY benda2 ni semua lagi..So, kiranya ni 1st time and 1st attempt la buat benda2 ni semua..Ada hikmah la kot adik aku bertunang awal, jadi boleh la nanti jadi pengalaman untuk aku masa majlis bertunang aku nanti yang bakal berlangsung hujung minggu ni pulak!! Glurrp!

Here we go..Aku share sikit gambar2 hasil usaha aku membuat sendiri semua hantaran dia...

DIY HIASAN HANTARAN

Riben ni keras sungguh...Tak tau mana dia beli..
Aku jahit jelujur je untuk buat ropol2 tu..
Glue guna glue gun and glue stick kat keliling bakul
Hasil selepas di glue




DIY SIREH JUNJUNG
Aku beli bunga di pasar Chow Kit, belakang pondok polis ni la kedai bunga tu
Bunga ni sejambak RM 1.50
Bunga Ros RM 1.50 sekuntum

Bunga Kapur, gambir & pinang ni untuk Sireh Junjung RM 12 kesemuanya..Aku beli kat dalam Pasar kedai Bunga / barang Kahwin Vivien kot
Sireh ni aku sapu minyak skit bagi berkilat
Hias ikut suka

Ni mak saudara aku..dia tolong gulungkan daun Sireh yang melambak tu..








Pose dulu :P

Muka tak boleh belah lepas semua hantaran dia aku yang buatkan secara PERCUMA!

DIY BUNGA RAMPAI

Ni barang2 bunga rampai aku..Daun pandan, bunga2 yang wangi, daun limau, limau purut & air mawar

Bungkus dalam kain net dan masukkan dalam bekas

 DIY HANTARAN BUAH-BUAHAN


 JEJAKA-JEJAKA BAWA DULANG TAK HOT



ROMBONGAN KE MELAKA






Saudara mara berkumpul di RNR Pintu Gerbang Air Keroh
Ayah aku suka nak terima menantu perempuan sulung..
adik aku & tunangnya...Tahniah..Semoga jodoh berkekalan...
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. untung la..ader kakak yg kretif....senang hati an..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Thanks! Tak de la kretif mana pun :P takat utk adik beradik n kawan2 boleh la..Tehee...

      Delete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!