Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, August 27, 2012

DIY sireh junjung, bakul hantaran & hiasan buah untuk MAJLIS BERTUNANG adik aku

Sabtu lepas dah berlangsungnya majlis bertunang adik aku..Mengada2 kan adik aku sebab sibuk nak wat majlis lagi advance dari kakak dia sendiri..Tehee..Nak wat macam mana, dah dia yang suarakan hajat nak bertunang dulu sebelum bf aku setuju nak masuk meminang aku pulak :P Jadi, betul la kan, sape lambat dia la yang rugi..ehee..

Jadi sebagai kakak yang baik dah tentulah aku kena tolong menjayakan majlis adik aku tu  instead mensabotaj dia :) Jadi disebabkan aku ada la bakat sikit dalam projek DIY ni jadi aku tolong la handle barang2 hantaran dia tu..Dia pun budak lelaki, jadi memang tak amik kisah pun pasal hantaran dia..Janji tau2 benda da siap kan..Ciss! Sungguh bertuah dia ada kakak macam aku nie..erk..hehehe...Cuma part yang tak best kalau harapkan budak lelaki yang beli barang kahwin memang hancuss..Barang ada je yang tak cukup, jadi aku cuma boleh buat ikut bajet dia dan guna barang yang apa adanya sahaja..Lelaki kan..Nak jimat aje....

So, Jumaat lepas aku pun dengan bersemangat waja apply cuti untuk dia dan men-DIY semua hantaran dia..Adik aku hantar 7 dulang, jadi aku kena la incharge kesemua 7 dulang dia..Antara yang aku DIY ialah hiasan bakul hantaran, bunga rampai, bakul buah-buahan dan Sireh Junjung..Aku tak pernah men-DIY benda2 ni semua lagi..So, kiranya ni 1st time and 1st attempt la buat benda2 ni semua..Ada hikmah la kot adik aku bertunang awal, jadi boleh la nanti jadi pengalaman untuk aku masa majlis bertunang aku nanti yang bakal berlangsung hujung minggu ni pulak!! Glurrp!

Here we go..Aku share sikit gambar2 hasil usaha aku membuat sendiri semua hantaran dia...

DIY HIASAN HANTARAN

Riben ni keras sungguh...Tak tau mana dia beli..
Aku jahit jelujur je untuk buat ropol2 tu..
Glue guna glue gun and glue stick kat keliling bakul
Hasil selepas di glue




DIY SIREH JUNJUNG
Aku beli bunga di pasar Chow Kit, belakang pondok polis ni la kedai bunga tu
Bunga ni sejambak RM 1.50
Bunga Ros RM 1.50 sekuntum

Bunga Kapur, gambir & pinang ni untuk Sireh Junjung RM 12 kesemuanya..Aku beli kat dalam Pasar kedai Bunga / barang Kahwin Vivien kot
Sireh ni aku sapu minyak skit bagi berkilat
Hias ikut suka

Ni mak saudara aku..dia tolong gulungkan daun Sireh yang melambak tu..








Pose dulu :P

Muka tak boleh belah lepas semua hantaran dia aku yang buatkan secara PERCUMA!

DIY BUNGA RAMPAI

Ni barang2 bunga rampai aku..Daun pandan, bunga2 yang wangi, daun limau, limau purut & air mawar

Bungkus dalam kain net dan masukkan dalam bekas

 DIY HANTARAN BUAH-BUAHAN


 JEJAKA-JEJAKA BAWA DULANG TAK HOT



ROMBONGAN KE MELAKA






Saudara mara berkumpul di RNR Pintu Gerbang Air Keroh
Ayah aku suka nak terima menantu perempuan sulung..
adik aku & tunangnya...Tahniah..Semoga jodoh berkekalan...

Wednesday, August 22, 2012

Aktiviti raya sambilan, DIY veil part 2, jahit beads completed!

Haha..Orite..Orang lain dok beraya sakan melawat sanak saudara sampai ke lewat malam..Aku lak dok busy menyiapkan veil & projek DIY aku..Bukan pe, masa semakin suntuk..Tinggal 2 minggu lagi before the date..Tehee...Lagipun semalam parent aku semua melawat saudara mara kat Kuala Selangor, tapi aku je tak dapat join sebab hari ni dah kena kena kerja da..Aku tak mohon cuti panjang untuk raya sebab nak reserve cuti aku untuk E-day aku dan preparation wedding nanti... Jadi, masa lapang di sebelah petang semalam aku manfaatkan la menyiapkan veil aku yang tinggal nak dijahit manik tu..Sekarang aku sangat lega sebab veil aku 100% dah siap :D

Tadaaa! Ni la dia hasilnye veil yang dibuat sendiri..Dengan kos yang less than RM 30 sahaja! weee~ Beads tu aku sengaja beratkan, penuh veil ni dengan beads supaya nampak mahal..winkwink...







Kalau nak tutorial DIY veil aku klik sini ye :)

Friday, August 17, 2012

celoteh Raya 2012! Selamat Hari Raya!

Kebabom! Tu dia...Bunyi mercun yang biadap & meriah kat kawasan rumah aku..Makanya seminggu nak raya ni makin tak boleh tido la aku dibuatnya sebab terlampau bising..Da la rumah aku ni dekat ngan kawasan jajahan peniaga yang berniaga untuk hari raya..Jadi selama sebulan ni memang teramat la bising sebab dioarang ni tak ada kesedaran sivik dan pentingkan diri! Sebab pe aku cakap diaorang pentingkan diri sebab diaorang selambe land jek pasang lagu kuat2 macam KL ni mak bapak diaorang yang punya..Kalau pasang kejap je takpe, dia pasang kuat masa orang sembahyang terawikh n lewat malam bermula pukul 12 malam sampai ke pagi...Then, this year budak2 nakal dah berani dah main meriam kat tengah KL..memang gila gamaknye mereka..Esok ada la tu masuk berita budak injured sebab men mercun..Aish..degil! Aku tgk bersepah jek orang jual mercun di kaki lima, polis pun wat derkkk jek...Yang bunyi bising tu dah jenuh da aku komplen kat DBKL, tp macam tak ada pun perubahan pepe...hampeh...

Pepun, raya tahun ni aku akan beraya dengan keluarga aku..Next raya, insyallah aku akan bertukar status..Justeru sudah tentu aku akan kena ber-komitmen dengan keluarga belah bakal suami pula..Glurp!..Sangat nervous sebab aku masih belum perfect untuk digelar menantu yg baik..Tehee..Excited pun ye sebab aku tak pernah rasa raya secara traditional. Memandangkan aku ni lahir kat KL, so raya  pun kat KL la...Disebabkan ayah aku ni pekerja kerajaan iaitu ahli Bomba..Terpaksa la berkorban demi rakyat kononye..Ditambah nowdays bila nak dekat pilihanraya, kerajaan sibuk nak tingkatkan keyakinan rakyat dengan kerajaan, jadi terus diaorg kerahkan pekerja badan beruniform termasuk la bapak aku untuk stand by dan tak boleh bercuti masa raya....Then disebabkan cuti dibekukan, jadi memang wajib kitaorang sekeluarga kena beraya di KL..Paling jauh pun beraya akan ke Kuala Selangor sebab balik kampung..Kalau balik raya di Kuala Selangor which kat sana pun dah moden macam kat KL juga..Jadi, memang da lama dah aku tak merasa raya macam dalam iklan2 raya tu :P Then, yang tak bestnya kalau raya kat KL ni, kalau time cuti panjang especially cuti raya bila semua orang balik kampung kawasan KL akan jadi sunyi sepi....Jalan pun tak jem malah sangat lengang sampai boleh bergolek2 kat jalan raya..Then, for sure petang sikit kawasan KL akan dibanjiri dengan mat bangla n mat indon n mat myanmar yang merayau2 dan melepak2...Yup, masa ni aku plak yang rasa aku ni foreigner..

Ok aku da merapu panjang~ tehee..Ok since tahun ni je la yang tinggal untuk aku beraya as single lady jadi aku kenalah struggle mem-perfectkan ilmu masakan dan ilmu kewanitaan juga. Untuk raya kali ni, no matter what aku kena belajar anyam ketupat sampai berjaya! Hasil risikan aku, bakal MIL aku ni sangat suka buat ketupat masa raya..Jadi aku kena berusaha!..Huk, akhirnya setelah berzaman aku cuba untuk belajar, baru kali ni aku berjaya buat ketupat pertama aku..muahahah! nak anyam ketupat sangat susah ok! Aku pelik sape punya idea la yang cipta ketupat ni..hehehehe...Jadi hasilnya semalam berjam2, aku baru berjaya buat 3 biji ketupat...............sangat mengecewakan....Jadi, buat masa ni aku tgh memahirkan diri belajar anyam ketupat bawang, belum reti lagi buat ketupat segi empat (ketupat sate)..Nguuu..Kat opis, asyik jadi pekerjayang kononye cemerlang jek, now  ni nak berkobar2 jadi menantu yang cemerlang pulak..tehehaha...(Ok, sila muntah sekarang) :P

Hahah..Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan2 blogger n visitor yang sudi menjengah ke blog ini..Semoga raya korang akan jadi kenangan terindah dan terus bermakna selamanya :)  Yang balik kampung tu..sila berhati2 ye..Ingat! Lampu kuning tanda bersedia untuk berhenti, bukan memecut!! Takmo da dengar berita sedih2 masa raya ni, hope semua orang selamat hendaknya...Amin

Shopping daun ketupat kat Jalan Raja Alang 50 pcs RM 5-8

Sempat ronda2 kat Jalan TAR & beli karpet baru
My 1st ketupat!! Belajar di Dataran Merdeka dengan bakal en tunang~ Ni semangat Merdeka Raya :P