Hye visitors! Thanks for visit..
Entri ni pasal my
door gift ID card holder ..Hehe..Agak leceh tau nak buat..da nama pun craft kan jadi proses dia leceh sikit..Tapi, disebabkan aku ni memang spesies yang komited jadi aku gagahkan la diri nak buat sendiri door gitf ni sampai 1000 pcs..
Since ramai kawan2 aku yg berminat & excited tanya macam mana nak buat..Nah! amik la tutorial tu kat sini..
Warning! Proses ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi! Tidak sesuai untuk orang yang malasss...
Bahan-bahan
1. Acuan ID Card holder (
kena download)
2.Mounting board / white board (
boleh beli kat sini!)
(
Mounting board boleh beli kat kedai buat bingkai gambar) or
white board (tp nipis sikit) kat kedai barang hantaran
3. Kain Felt: (
boleh beli kat sini!)
(Aku guna jenis lembut [Acylic] sebab senang + murah sket)
4. Benang biasa & jarum
5. Gam uhu atau Glue stick with glue gun
6. Eyelet puncher & eyelet bullets
(ada jual online, korang google jek or beli kat kedai jual barang hantaran)
7. Swivel hook (
boleh beli kat sini!)
8. 17mm Grosgrain Ribbon (
boleh beli kat sini!)
9. Pembaris besi
10. Cutter
11. Gunting
12. Button & applique (ikut suka) (
boleh beli kat sini!)
13. Pen
14. Cutter board
Step 1 (Buat Frame ID card holder)
Potong mounting board ikut acuan ID card holder tu. Nak patern dia ?-->
DOWNLOAD HERE
P/S: Btw, saya just realize template ID card holder saya (yang nak kena
download tu) size dia berubah banyak sebab saya upload kat dalam Google
docs. Kalau sapa nak yang actual pdf format template tu just bagi email
address kat komen box saya ye, nanti saya send template to your email.
*** Acuan ID card holder ada 3 shape / bahagian, jadi potong la mounting board tu accordingly ..
 |
| Ni untuk badan card holder tu |
 |
| Bahagian ni untuk bagi space nak masukkan gambar / kad nanti |
 |
| Bahagian dalam bahagian C ni pun kena potong jugak ye..Bahagian ni untuk frame dia.. |
P/s: untuk memotong mounting board tu sila guna pembaris besi (kalau guna cutter) supaya kemas + selamat, then lapik la guna cutter board supaya tak rosak lantai rumah korang tu...Macam aku, disebabkan aku guna white board yang lebih nipis, aku guna gunting jek then double kan board tu supaya tebal setaraf mounting board tu..Cuma, leceh sket sebab kena buat 2 kali keje..
BAHAGIAN A
1. Lekat board pada felt, mulakan dengan Bahagian A dulu (badan ID card holder)
2. Lepas da lekat board dengan felt, gunting felt ikut shape board seperti gambar diatas. Tapi,
sila tinggalkan baki (tepi felt) untuk bahagian jahitan nanti
3. Gam board di bahagian yang satu lagi
4. Lekatkan board di felt sekali lagi di sebelah bahagian lagi satu tu (seperti gambar diatas)
5. Gunting felt. Tapi,
sila tinggalkan baki (tepi felt) sikit untuk bahagian jahitan nanti
6. Keadaan board (Bahagian A) selepas dilekatkan felt di kedua belah bahagian
7. Tebuk Bahagian A (dibahagian atas ) menggunakan Eyelet plier
8. Gambar pandangan sisi Eyelet (guna bahagian atas Eyelet Plier)
9. Guna bahagian bawah Eyelet Plier, masukkan Eyelet bullet kemudian tekan sekuat hati
10. Gambar board & bullets selepas ditebuk.
BAHAGIAN B
1. Potong board ikut shape (
sila download)
*** Bahagian B tidak perlu dibalut dengan felt kerana akan ditindih di belakang frame (BAHAGIAN C )
*** Bahagian B ni bertujuan untuk memberi ruang untuk masukkan kad nanti
BAHAGIAN C
1. Letak gam pada board Bahagian C
2. Lekatkan board tu pada felt
3. Gunting felt
(jangan potong ngam2), sila tinggalkan baki (rujuk gambar)
4. Potong felt di bahagian dalam frame, lipat dan gam felt pada frame
5. Lipat felt pada sudut frame & gam
6. Gambar felt yang telah dilipat di bahagian dalam dan bucu frame
7. Gam baki felt di bahagian luar frame
8. Lipat bahagian yang telah digam ke bahagian belakang frame
9. Gambar frame selepas siap dilekatkan dengan felt
10. Tampal board bahagian C dibelakang frame
11. Gambar bahagian hadapan untuk board A + B+ C
12. Pandangan tepi
13. Jahit felt menggunakan teknik jahitan insang pari. Tak tahu cara jahit?
Klik sini
14. Jahit disekeliling board pada baki felt.
*** Nak bagi jahitan tu timbul, aku doublekan benang tu (4 benang dalam 1 jarum).
15. Matikan jahitan di tempat untuk diletakkan hiasan
16 . Rupa ID card holder selepas dijahit
Tahniah!! Siap sudah proses untuk buat badan ID card holder tu..Susah tak?
Ehee..Next tutorial--->
cara nak buat lanyard & riben untuk ID card holder. Check it out~
Ni gambar hasil tangan saya yang telah siap..So, korang design la ikut suka nanti
Saya halalkan tips ini hanya untuk orang yang
minta izin sahaja tau..Susah tau nak buat tutorial ni sambil ambil gambar nak buat felt nieh..Lgpun ianye FREE :) Jadi, sila appreciate usaha saya ye..So barula bersemangat nak buat more tutorial for you ;) Insyallah...
Disebabkan ramai PM sy tapi sy tak sempat nak reply disebabkan faktor terlalu busy, pls download the actual size template tu disini ye [DOWNLOAD]. Sorry n tq for visit my humble blog yg da berabuk ni..
P/S: recently aku ada buka business online..
If you don't mind..please support & like my online blogshop ye dear! May Allah bless you ;)
FB shop:
Your DIY Project Supplies
Blogshop:
http://yourdiyprojectsupplies.blogspot.com/
Thanks for your support! ;)