Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Tuesday, August 14, 2012

1st time hadir wedding Non-Muslim kat restoran SINCHOIWAH

Sorry lambat hupdate entri ni..Agak da basi la story ni tapi aku tetap nak share.. Sebab this is my 1st experience attending NON MUSLIM wedding....

Anyway, to begin the story.. Last Saturday lepas aku jumpa vendor2 majlis kahwin aku, aku & bakal tunang terus pergi ke Kepong untuk majlis kahwin bos aku..Bos aku ni Chinese- Christian jadi wedding dia ada 2 sesi iaitu sesi pagi di Church KL dan sesi malam dinner di restoran cina Sinchoiwah ni..
Restoran mewah ni 3 tingkat
Aku tak pergi ke majlis kahwin dia di Gereja tu sebab tak yakin dan rasa bersalah sebab masuk Church lagi2 di bulan puasa..Most of  my opismate (Malay) pun join sesi pagi di Church tu sebab diaorang plak tak yakin nak pegi dinner kat kedai cina ni plak..huhu..Entah la..Aku mcm was2 nak masuk Church..Aku pun bukan teror sangat ilmu agama macam calon imam muda kan, tapi hasil google2 buat aku rasa tak yakin..Da kalau tak yakin baik tak payah cari masalah :) Ni one of hasil google aku pasal hukum orang Islam masuk gereja [Klik sini]..Aku pernah baca artikel, kita dilarang masuk ke tempat ibadah agama lain. Lagi2 tempat pemujaan...Dengar sembang2 dari orang yg join ke gereja tu, diaorang kata ada sesi pemujaan tuhan gak (macam sesi bacaan doa) dioarang berdiri dan menyanyi..As muslim, yang muslim tu diaorang tak bangun la masa Christian lain berdiri :) Pepun, I'm glad in Malaysia each people respect others religious :)

Ni gambar bos aku lepas da selesai majlis dia di gereja jalan Raja Chulan..Aku amik gambar ni kat FB dia.
Macam dalam drama TV lak..Tp this time it's real!





Then, yang aku plak tak yakin ke gereja tapi yakin nak ke restoran cina pulak la kan..Aku yakin sebab bos aku da maklumkan awal2, dia amik tender dari restoran halal & kedai mamak muslim untuk makanan orang muslim. Then, bos aku pun dah maklumkan siap2 kat aku dan suruh aku pilih menu yang akan dipilih untuk malam tu..Mula2 aku risau gak sebab bos aku cuma maklumkan pasal menu makanan yang halal sahaja tapi tak maklumkan pasal pinggan mangkuk yang digunakan. Then find out I'm soo happy sebab  bos aku tu sangat menitik beratkan pasal isu halal sampai pinggan mangkuk semua pun termasuk pinggan mangkuk lauk2 diambil dari tender makanan mamak tu juga..Meja cina lain semua pakai pinggan kaca, meja kitaorang pakai pinggan plastik exactly macam kat kedai mamak :) Yang buat aku terharu tu, dia sangat menitik beratkan pasal muslim yang nak berbuka puasa, sampai lokasi meja, masa hidang makanan dan masa berbuka semua pun perfect. Even staff dia keep asking if diaorang da boleh hidang makanan untuk berbuka.


Kitaorang pakai pinggan plastik jek
Diorang pakai pinggan mahal..
Yang paling best sebab menu makanan tu. Aku tak sangka banyak gila makanan yang disediakan untuk orang muslim sampai tak larat nak makan! Yang best sebab makanan tu pun sedap dan udang2 dia sangat la besar :) sangat puas!
Ni rendang ayam
Sotong goreng tepung
Sedap gila rendang ayam ni..

Nasi beriani
Acar
Kari udang
Our food!
Sebenarnya aku tergamam dengan majlis bos aku ni...Dia ni bukan orang kaya pun, tapi wedding dia sangat la besar dan sangat mewah. Dewan dia sangat besar ok! Dewan dia bukan macam dewan serbaguna kat pusat komuniti tau, dewan dia memang dewan ballroom untuk majlis wedding..Chandelier merata2 dan gedabak besar.. Aku rasa kos kahwin dioarng ni memang confirm beribu beriban, expected boleh nak capai 100k..Bayangkan per head menu dia kira dalam RM 80++ x 700++ pax? tu x campur baju, photographer & cost lain.. Sangat grand!

Yang best sebab aku tak sangka bos aku tu yang tak pernah pakai makeup, tak suka pakai skirt, pegi office pakai sport shoes tp tetibe boleh turn up jadi mcm princess in the fairy tale. Tetibe lak dia jadi sangat gojes, cantik, sexy, feminine & kurus -______- Habis senget benget mulut aku melopong tengok gambar2 dan video dia yang super sweet tue..Tetibe rasa macam jeles plak..khehehe...Part kurus tu la yang aku musykil..Haha..maybe betul la orang kata, seri pengantin tu akan naik sendiri on the wedding day :)

Ni la bos aku..hari2 pun dia macam ni
Tetibe dia jadi macam ni???! Terkezut aku!
Ok fine..dia lagi kurus...
Now, I'm happy for my boss sebab dia da selamat kahwin dan jadi Puan :) hope dia happy la datang keje pas ni, sebab kalau dia happy kitaorang pun senang hati nak buat keje ;P

Congratz mel! Enjoy ur honeymoon @ Maldives!
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. beshnya pergi maldives !!! harap2 nora ada rezeki ke sana juga nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maldives memang cantik! Macam Bora-bora island..Saya pun harap dapat pegi sana someday...Insyallah awak pun ada rezeki..Tp kena pegi cepat tau, research cakap Maldives akan tenggelam sebab global warming..Paras air laut meningkat...

      Delete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!