Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, March 12, 2015

i'm officially a Mother!

Assalamualaikum blogger

Alhamdulillah, aku da selamat melahirkan baby girl seberat 3.58 kg secara cezer di Hospital Pusrawi KL pada 27 Januari 2015..Hehe, dah sebulan lebih dah anak aku baru hari ni dapat nak update.



Imbas balik kenangan masa aku mengandung dan bersalin buat aku rasa mcm nak beranak lagi pulak..Tp apakan daya disebabkan cezer aku kena la buat birth plan and cuma boleh nak beranak lg lepas 2- 3 tahun.

Well my pregnancy tak lah goes smoothly. After 11 week lepas minum air gula, darah aku tak cantik. Suspected diabetes masa pregnant n aku kena tagged as GDM...Once da kena tagged as GDM, aku kena la selalu dtg klinik buat BSP (blood sugar profile). Boleh kata tiap 2 minggu sekali aku kena g Kilinik kesihatan utk test n check darah sbb dia nak monitor gula dalam darah & cara diet aku. Risiko ibu yg ada diebetes masa mengandung akan buat baby jadi besar & komplikasi masa bersalin. Tu tak campur lg appointment aku dgn doktor / gynea kat hopsital private pulak..Memang bercinta aku dgn doktor jek kejenye...

berderet2 nombor yg naik smua no bilik doktor ni..Sebab tu la berejam tunggu...

Disebabkan aku nak bersalin kat hospital private coz nak doktor perempuan yang handle aku masa bersalin nanti, jadi aku pun pilih la hospital Pusrawi KL..Doktor yang handle aku ni boleh kata famous gak sebab tiap kali appointment kena tunggu 2 jam even datang awal sebb patient dia berderet2...Number kat screen giliran pun naik asyik nombor bilik dia je. Even most of kawan2 aku pun update appointment dgn doktor yang sama...Nama doktor tu doktor Asmah yun..serius doktor ni memang sangat busy...Aku pun pilih dia sebab kazen husband aku yg recommend dia..tiap kali appointment dia, kena cas RM 110..tak termasuk kalau ada ambil ubat / vitamin ke..

Sepanjang pregnancy macam2 aku  alami,,.Morning sickness yang teruk masa 1st trimester, then asyik nak terkencing tiap 5 minit sampai rasa nak duduk terus dalam toilet je.plg worst bila waktu malam sebab aku mcm zombie nak ke bilik air... Nasib baik aku x kena any infection yg melibatkan urine...Tp masa aku mengandung 7 bulan, aku kena buat minor operation sebab kelenjar darah kat bahagian alat sulit pecah (bartholine gland).Ada byk darah beku sebab saluran darah pecah. Doktor cakap sebab baby da start bg tekanan kat bahagian bawah tu...Then lps tu aku rasa sakit n ngeri / ngilu kat bahagian ari- ari..Rasa bahagian bawah tu nak pecah je...Sakit gila bila nak berjalan. Then nak tido pun tak lena da sebab selalu rasa senak...Badan pn rasa panas je all the time dan rasa tersangat lah dahaga...

Disebabkan aku GDM, aku kena paksa bersalin. Tepat 26 Januari 2015, kalau masih tak bersalin aku akan kena induce. Doktor klilink kesihatan tak bg aku lewatkan bersalin sebab takut baby lemas.Aku scan baby aku kat Pusrawi sekali- 2 kali sebulan..Dan tiap kali scan, baby membesar dgn sihat je. Tak ada masalah pun ngan baby sampai la hari last aku scan doktor cakap baby dalam keadaan mengiring. But still dia kata x ada masalah  if nak bersalin normal. Masa tu dia scan berat baby dalam 3kg n diameter kepala da 9cm..dia kata dgn size aku x ada masalah nak bersalin normal..Then doktor ckp x semestinya aku kena serah diri pada 26 Januari tu n dia bg kalau aku nak delay tarikh bersalin tu. btw our 2nd anniversary  pada 31/1/2015 , memang nice kalau baby keluar time tu..tp aku x nak take risk sebab masa tu pun baby da besar..if kepala baby reach 10cm jd memang susah la nak keluar nanti. So aku proceed je bersalin 26 Januari tu...2 minggu sblm bersalin tu baby cuma da engaged je tp x ada tanda2 nak keluar pun contoh keluar darah n sewaktu dgnnya. Aku da cuba mcm2 cara nak bg baby keluar awal sbb aku tak nak induce juga sbnrnye.. Pendek kata semua baby expo aku da pegi, mencangkung byk kali, minum VCO dan air selusuh anugerah but still baby tak nak keluar. Jadi end up terpaksa la aku serah diri utk induce pada tarikh berkenaan

Preparation sblm nak serah diri tu , husband sempat decorate & renovate bilik utk baby dalam masa 2 minggu! Then kitaorang pack barang baby pun last minute (malam sblm serah diri) sbb memang x rasa baby nak keluar on time. Masa packing tu mcm pack barang nak pegi bercuti je.Aku serah diri di hospital Pusrawi pada pukul 9 pagi @ 26 Januari 2015. Tp doktor datang masukkan ubat induce pada pukul 2pm. Bosan gak la aku duduk dalam labor room tu sebab lama tunggu + nervous + excited. Good things is LR di Pusrawi tu lebih privacy sebab 1 bilik sorang & husband boleh teman. Lepas dia masukkan ubat induce yg pertama (separuh), masa tu dia kata bukaan baru 1 cm. Lepas da masukan ubat induce pertama, baru aku start rasa sakit pada pukul 5pm. Dalam kol 6.30pm doktor datang check lg then  doktor masukan 2nd ubat induce dan seluk lagi. Masa tu bukaan baru 1.5cm.Dia pun suggest if aku nak ambil epidural supaya aku boleh rest pada waktu malam (sebba dia expect aku akan bersalin subuh). Memula aku refuse nak ambil tp masa tu aku pun da start rasa sakit so aku pun risau jugak if tak mampu tahan sakit. Takut bila da malam bila perlu doktor bius pulak x ada kan. Bila doktor tgk aku was- was dia pun suggest aku pasang je epidural tu dulu, if perlu then baru la masukan ubat bius tu. So aku cakap Ok

Gambar bilik bersalin / labor room Pusrawi KL (semua bilik LR- single room)









hubby tido kat lantai temankan aku dalam LR..Dlm LR tak ada bed utk visitor tp husband boleh teman 
Kol 7pm doktor bius (perempuan) dtg pasang epidural tu. ouch! sakit sbnrnye cucuk epidural ni..Rasa agak ngilu n sakit sikit masa dia nak cucuk. Masa dia smpai tu dia x de pun tanya aku pepe, terus dtg n pasang epidural kat spine aku. Dia cucuk tulang belakang n rasa sakit masa dia masukan jarum. Then lepas tu aku dah tak rasa apa da.. Aku pun pelik sbb rasa kebas2 then bila aku tanya doktor bius tu rupanya dia da masukan ubat bius epidural terus! Oh My! Miss communication sudah antara doktor aku ngan doktor bius tu! Bygkan bukaan baru 2cm aku da under epidural!! Grrrr..then what happened next, aku da tak rasa sakit apa dah. Releks je boleh duduk makan tido lena. Tak mcm org nak bersalin langsung. Bila doktor aku sampai for the third time nak check bukaan, dia pun terkejut sbb aku da pasang ubat bius sebab masih awal lg. Since that bukaan serviks aku sangat slow..pukul 11.30 malam bukaan baru 3cm!

Pukul 3 pagi doktor datang lagi & check bukaan, Bila seluk baru buka 4cm. Then nurse pasang tiub air kencing  dan pasang drip utk cepatkan bersalin. Then dia pun pasang CTG utk monitor heart beat baby.  Pukul 6 pagi dia datang again & check bukaan masa tu baru 5cm then doktor pecahkan air ketuban. Since aku under epidural all the time, aku x rasa ape2 langsung spanjang proses tu. Aku tak pasti if kerana epidural proses bersalin tu jd slow. Sampai la siang pun aku masih tak bersalin. Dah 24 jam aku kat dlm LR progress masih slow. Then bila da petang 27 Jan tu doktor masukkan oksigen pulak sebab dia kata heart beat baby tak cantik, Maybe baby da penat, Nurse da tolong mcm2 utk cepatkan aku bersalin, even dia tolong aku besarkan bukaan dgn korek2 selalu bahagian bawah tu. Dia kata kepala baby masih jauh. Sampai la bukaan dah 8cm kepala baby masih tak turun, then doktor datang advise aku utk prepare for operation. Masa tu aku da stress gila sbb patient next door boleh dgr da suara baby bersilih ganti! Aku frust gila sebab tak boleh nak bersalin normal. Nak usahakan berjalan n buat squad even nak berak pun tak boleh sebab aku under epidural. Tak rasa ape2 pun dr pinggang kebawah...Aku try push tp nothing happened then aku give up. After discussion dgn husband then kitaorang pun agree la proceed utk cezer sbb doktor cakap baby da stress..

Masa tu aku menangis tak henti2.......Kecewa sebab tak dapat nak bersalin normal..pukul 7pm aku masuk dalam bilik operation then what happened spnjang operation aku tak ingat sebb pengsan. Huu..Sejuk gila bilik operation tu sampai menggigil2 aku dibuatnya. Maybe aku menggigil sebab cuak jugak kot...Operation tu ambil msa 1 jam stgh..Then aku mamai2 sampai la tgh malam. Kuat betul penangan bius tu. Bila aku da sedar baru diorg bg baby kat aku utk buat skin to skin session dan start breast feeding. Huuu..Perasaan masa tu mcm bercampur baur...



hasil pam susu masa hari ke5...Anak aku tak reti nak latch... kesian dia nagis marah tak puas susu so tpksa pam..Btw aku ada problem inverted nipple so memula nak bf tu memang sangat struggle..
Total kos aku aku bersalin di pusrawi (Bilik sorang + emergency cezer = RM 10k ++ ) Aku duduk kat wad tu almost 6 hari sbb anak aku pun kena kuning. Btw nursery cost dicas dan dibayar berasingan. Jadi kalau korang bersalin kat sini elak kan la bg nursery datang amik anak ko senang2 sebab diorg akan cas everything..Tu sblm GST..kalau beranak lps GST tak tau la bape bilnye..huhu

Thanks sebab sudi baca <3

Wednesday, November 26, 2014

minor operation di Hospital pusrawi- bartholine gland part 2

Assalamualikum my dear blogger,

Sambungan from my previous entri, pasal bartholine abscess, find out rupanya bengkak tu bukan nanah/ cyst but instead darah beku sbesar 5cm di sebelah kiri. Punca darah beku disebabkan kelenjar di bahagian tu pecah, bleeding smpai jd darah beku. Knp boleh pecah tak diketahui. doktor ckp maybe sbb kelenjar aku fragile then aku lasak so dia pecah. maybe sbb faktor aku pregnant, maybe sebab infection..Yang pasti x ada jawapan yang confirmed dr doktor punca benda ni terjadi..Emmmmm

Image from google

2nd day @ Pusrawi (19/11/14), masa utk operate..masa ni pregnancy aku berusia 31 minggu...Perasaan dibawa ke bilik bedah memang menakutkan, terasa mcm perjalanan maut...Masa tu memang bertawakal je lah...Masa operate tu aku kn bius @ bahagian spine. Sakitnye masa suntik bius @ spine tu Allah je la tahu. Proses dia terasa mcm aku nak kena operation utk ceaser je, padahal due nak beranak 26/1/2015 nanti. Sakit kn bius @ spine smpai la skrg pun aku masih sakit pinggang.

Btw Lps kn bius tu, badan aku kebas separuh badan (pinggang ke kaki) & diorg tutup dibahagian dada supaya aku x nampak proses operation tu berjalan...walaupun kn bius, still aku boleh rasa diorg godek2 dibahagian bawah tu, cuma tak rasa sakit je la..masa diorg tgh operate tu aku rasa termaat letih + lapar sgt sbb aku kena berpuasa slma 15 jam sblum operation... rasa tersangat lemah mcm nak pengsan! Aku try nak tidur jugak tp tak boleh sebab rasa perut sangat perit dan lapar...

Lps operate tu aku pun rasa sesak nafas juga. Lemah sampai nak bernafas pun susah...So diorg bg aku topeng oksigen..da pakai topeng oksigen tu baru la lega...Ni lah pengalaman... 1st time in my life, aku kn tahan wad, kena masuk bilik bedah, kena operate & kena jahit...Memang scary! Then, Lps operate ingatkan boleh makan, tp still aku nak kn tunggu smpai bius hilang. Diorg x bg aku makan sbb injection @ spine boleh sbb aku loya & muntah. Now i know why people suggest masa nak bersalin nanti kn makan kurma, sbb bila da kena puasa memang betul2 tak ada tenaga..

Lps operate tu husband aku terus request bilik sorang sbb nak temankan aku. 1st day hr tu x boleh dpt bilik sorg sbb penuh. Kat pusrawi, suami / visitor x boleh teman kalau bilik berempat sbb aurat, since pesakit lain pun smua perempuan + sbb privacy. Tp kalau duduk bilik sorg baru suami / family boleh teman. Nasib baik ada bilik utk seorang yang kosong, lps operate tu terus aku pindah bilik. Harga bilik sorg rm 200/1 malam. Tak sanggup aku kalau husband aku x ada sbb azabnya lah kalau nak gerak sorang2...sbb nak ke toilet pun susah, nak mandi susah, nak pakai baju susah, usung tiang drip tu pun susah. Da la nak jalan pun sakit...Aish..


gambar bilik sorng @ pusrawi

At first doktor ckp lps operation sepatutnya aku da boleh balik sbb minor operation je. Skali lps doktor check luka operation aku, dia kata ada bengkak belah kanan pulak (tetibe je). dia kata benjolan belah kanan tu x ada pun masa operation semalam, but bengkak / ketulan tu kecil je. Jd dia kata x perlu masuk bilik bedah lagi, so ketulan belah kanan tu boleh dibuang @ klinik dia je.

Start keluarkan benjolan belah kanan tu la my real nite mare & real pain started! Bila doktor toreh, dia just bius setempat. But still masa dia toreh, terasa toreh tu & sakit gila! Memula dia kata benjol tu kecil je, skali bila toreh dia kata byk darah beku keluar smpai berketul-ketul.. Then bila dia toreh,  dia x jahit bahagian tu pula. jd belah kanan yg ditoreh tu dibiarkan terbuka je smpai la bcntum sendiri. Imagine since that fresh blood meleleh je, dia keluar mcm darah kotor & berketul2 mcm lepas berbekam tu. Sudahnye Aku kn tahan wad almost seminggu, setiap hari minima 2 kali diorg akan cuci luka & setiap hari doktor akan dtg squeeze bahagian yg ditoreh tu sbb nak keluarkan darah beku. Aku pun kn cuci luka again kalau terkencing! Jd nak ke toilet pun aku trauma sbb tak sanggup tahan sakit masa cuci luka!  Problem sbb kelenjar aku bleeding non stop & produce darah beku..Jadi slg ada darah beku slg tu la dia akan keluarkan ketulan  darah tu manually. Yg worst sepanjang proses tu dijalankan tanpa bius! Diulangi tanpa bius! Dia cuma bg aku ubat tahan sakit, ubat demam, ubat tambah darah & antibiotik je. Jd selama kat wad, aku dipenuhi darah even cadar aku kn ganti hari2 sbb berdarah2. Each time keluarkan darah beku, darah memancut2 smpai ke peha! Allah je la tahu sakitnye mcm mana..yg paling sakit bila diorg sumbat kapas kat bahagian luka tu then bila nak tukar kapas, masa tu kapas tu pun melekat kat kulit, bila nak tarik tu punya la azab sbb akan tarik sekali ngan daging/ luka tu..terasa kulit tu disiat!! Allah!

rupa darah beku yang dikeluarkan di bahagian kanan



nurse datang utk cuci luka...saat paling sakit!
Aku pun da semakin lemah duduk di hospital..Makin lama duduk dalam hopsital makin sakit sebab keje pun baring je..sampai belakang badan pun kebas selalu sebab darah tak jalan. Nak berjalan2 sangat pun tak boleh sebab sakit bila berjalan...Makanan @ hospital pun tak sedap & nurse pulak akan datang almost every time sebab nak check tekanan darah, bg injection , bg ubat2, tukar cadar, cuci luka dan sebagainya...




Ubat2 yang aku terpaksa telan sampai 3-4 kali sehari

disebabkan macam2 ubat aku makan, so doktor monitor closely pergerakan baby aku 

Alhamdulillah lps 5 hr ditahan wad, 23/11 (ahad) tu doktor dtg check & tgk darah yg keluar dah kurang & dia akhirnya bg aku balik. Bila doktor ckp aku da boleh balik, dgn lajunya husband aku pack brg sbb kitaorg da terlampau letih stay @ hospital. aku pun x snggup nak duduk hospital lama2 sbb x sanggup nak tahan sakit bila diorg check luka aku. Luka aku mcm x diberi peluang utk sembuh, hari2 kena squeeze sbb nak elakkan darah beku tu dr berketul2 dan jadi besar. Alhamdulillah, bila dia cakap boleh balik terus rasa sakit pun hilang. hahaha..Nasib baik la aku ada personal insuran, so bila nak byr bil pun tak la rasa nak pengsan. 5 hari duduk hospital swasta total kos almost RM 6000! Kos utk operation tak mahal pun, yang mahal tu kos ubat2 dia! Bersyukur sangat ada personal insurans sbb kita tak tahu bila kita akan sakit / ditimpa musibah mcm ni kan...Disebabkan aku dah stop keje, jadi personal insuran ni memang sangat membantu...

Hikmah dr kejadian ni buat aku rasa Allah nak bg aku test rasa sakit bersalin normal & ceaser...so x la aku terkejut masa nak beranak nanti kan..Sbb aku da rasa proses masuk bilik bedah & bius separuh badan & rasa lps operation utk kelenjar belah kiri...then lps tu Allah bg aku rasa sakit kn toreh belah kanan tanpa bius pula.Allah...

Till now (almost seminggu) fdah, luka tu masih terbuka & belum bcantum lg. Bila nak kencing pun masih pedih. Utk elak infection, aku kn selalu cuci luka sendiri & rendam ngan air garam & doktor suruh bed rest & jgn bergerak smpai la luka tu bcntum...nasib ada husband yg setia disisi, dia lah yg papah aku ke toilet, peluk aku bila terlampau sakit, yg cucikan luka aku, yg jaga makan minum aku. Terharunye aku spnjang sakit ni sbb smua pun husband aku yg buat.... Bersyukur sgt Allah anugerahkan aku suami sebaik ni..Alhamdulillah...

Tq soo much husband sbb always there for me ;) byk hikmah sangat perjalanan mom to be aku..hrp sgalanya dipermudahkan nanti..aminnn..


total kos minor operation + bilik single : RM 6K ++


Wednesday, November 19, 2014

Journey mom to be : bartholin abscess

Assalamualaikum my dear blogger

This time, nak share experience aku kn tahan wad @ hospital pusrawi pulak. Aku kena tahan wad sebb kn infection. Infection ni buat kan ms V aku bengkak, mcm ada bonjolan keras & rasa sakit bila nak duduk. kalau meneran, bahagian tu akan semakin membesar. Aku pun tak sangka pun boleh kn infection ni sbb ingat mcm infection biasa, jd semalam masa dtg hospital buat monthly checkup for pregnancy (da masuk 30 minggu ni),aku suarakan skali permasalahan aku ni @ doktor. skali bila doktor check, ckp aku kena bartholin abscess pulak.


mula2 Aku x anggap serius pun bengkak ni sbb aku dah rendam ms V aku ngan air panas + air garam. Lps rendam tu rasa lega & bengkak pun da surut sikit. jd ingat lama2 akan hilang la nanti. Biasalah sejak pregnant ni, hormon aku asyik x menentu. Pregnancy aku asyik buat aku terkencing2 tiap 5 minit, jd logik la kalau aku senang kn infection. Sbb area Ms v tu selalu lembap & basah. Kadang2 tu smpai melecet2 area tu..aish..dugaan..

Btw, Sakit bengkak di area ms v ni da berlarutan selama 2 hari sbb aku nak tunggu jumpa doktor masa appointment je nanti. oh ya, monthly checkup pregnancy aku adalah dgn doktor Asmah dr Hospital Pusrawi. Ni la untung nye cari doktor pompuan je, so kalau ttibe ada kes sulit mcm ni tak la segan sgt nak bg doktor check. Hehe. 

alkisah bilanya skrg tak pasal2 aku kn tahan wad pulok..Aish, Nasib baik la aku ada personal Insuran yg cover iaitu Prudential, tp Pusrawi pulak bukan direct panel bawah Prudential, Pusrawi rupanya under Prudential BSN. Insuran prudential aku still valid, cuma aku kn pay & claim later. Insuran prudential aku rupanya direct cover hospital lain spt tawakal, gleanegles, Prince court!!? Demm, menyesal gila x report sakit @ prince court je! Behehehe..

Ok, back to story..so far with doktor Asmah ni ok je. Aku pilih dia jd gynea aku smpai aku beranak nanti. Sepanjang pregnancy dia just refer report  / buku pink dr klinik kesihatan. Utk pengetahuan korg, spjg pregnancy ni aku buat 2 kali checkup. 1st sesi checkup dgn klinik kesihatan salak selatan, 2nd sesi checkup ngan hospital private pulak sbb aku plan nak bersalin @ private je. Utk pregnancy kali ni aku pilih hospital Pusrawi KL sbb byk positif review pasal hospital ni & harga pakej bersalin pun affortable lg. cuma tahun ni dia da naik harga pulok 😭

Ok, Yg bagus bila buat checkup @ klinik kesihatan, diorg akan sgt detail pasal ur health, ur weight, your blood & etc. Jd kalau kena diabetes ke, darah tinggi ke, kurang darah ke memang diorg pantau betul2..lg bermasalah pregnancy korg, lg byk la appointment korg ngan doktor nanti...Cuma weakness checkup @ klinik kesihatan, diorg kedekut nak scan baby sbb equipment scan diorg x canggih.slain dr tu, bersiap sedia la bcinta kalau appointment dgn doktor gomen ni sbb berejam nak tunggu turn. kalau scan pun skali je after da 5 month & x jelas pun..kalau scan @ private seawal kandungan 2 minggu pun boleh detect! Sbb tu bila check up @ private, doktor private just refer buku pink/ report dr klinik kesihatan je, sbb report about ur health dah detail. Jd bila turn check up @ private, doktor cuma scan baby je la.. Yg best scan @ private memang boleh nampak development baby dgn detail & gambar baby pun jelas 😘 so far my baby sihat walafiat dgn jayanya, alhamdulillah..berat baby utk 30wk ni pun normal iaitu 1.5kg je. Good anak mommy ;) hope kamu x besar sgt sblm mommy keluarkan kamu ye sayang..🙏🙏🙏

Cuma tu lah, time pregnant ni ibunye lah selalu sakit2! Da la suspected diabetes lps minum air gula, jd aku kn control diet! So aku Kn avoid makanan manis & high carbo. Pas tu bila da suspected diabetis, ibunye la kn masuk kategori berisiko sbb chances baby besar & complication masa bsalin nanti tinggi. Jd jgn main2 kalau nak pregnant, yg nak jd ibu kn makesure sihat fizikal & mental. Mcm kes aku, da la x jaga berat sblm pregnant (overweight), Pas tu sbb hormon x stabil, antibodi kurang, jd mcm2 ragam la moment pregnancy aku. Awal2 dulu morning sickness pun teruk, nasib baik hilang lps minggu ke-12. Lps tu suspected diabetis pulak lps minum air gula jd bcinta la kn buat appointment dgn doktor, kn buat blood test almost every week bagai.. Pas tu now kn infection pulak...huhu..infection pula bukan simple2 terus kn minor operation & tahan wad pulak 😭. Yup solution utk bartholin abscess, kn buat minor operation (pls google)

Now bermula la kisah aku kn tahan wad @ pusrawi ni. Kejap lg turn aku pulak nk kn minor surgery..huu scary! Pepun, Hope sgalanya bjalan lancar. Nanti aku review lebih detail pasal service @ hospital pusrawi ni ye. 😘👍 w'salam.







Wednesday, November 5, 2014

Travel to Lombok - last day + kenangan tertinggal flight!


Assalamualaikum dear blogger

Throwback & flashback mood again!! Aku nak update seblum aku terlupa..hehe ok continue sambung pasal entri ke Lombok again :P

Entri Lombok day 1 [click here]
Entri Lombok day 2 [click here]
Entri Lombok day 3 [click here]


Lombok day 4 Pantai Kuta  [Rabu, 17Sept 2014]

Kitaorang bangun awal this morning sebab today our last day @ Lombok kan. So, plan nak tawaf puas2 kawasan ni. Lepas solat subuh, kitaorang breakfast @ kafetaria hotel ni (service teruks gila!) but malas da nak pikir, so lps makan terus naik motor ronda kawasan.

keadaan kafetaria hotel ni

Lobi / front kaunter hotel
pemandangan hadapan hotel. kawasan parking motor. Kawasan ni sangat berdebu. jadi kalau waktu tengahari akan sangat panas dan berhabuk
This morning, lps breakfast my hubby plan nak pegi ke Pantai lain pula bersebalahan Pantai Kuta, lombok which is pantai Mawun..Heaven gila Lombok ni sebab dikelilingi pantai2 yang awesome cantik gila tapi masih belum popular..Jadi kawasan2 pantai ni masih belum tercemar...Menurut local people, pantai Mawun famous utk orang yg suka surfing...




 Utk ke pantai Mawun ni, perlu redah bukit dan jalan yang bengkang bengkok. Sepanjang laluan ni aku boleh nampak keadaan kampung sebenar di Lombok, kawasan kampung dan kawasan pertanian diaorang. Sememangnya sangat daif. Ops, jgn terkejut juga kalau sepanjang jalan tu akan jumpa banyak tak bom bom hijau hasil pembuangan lembu & kerbau yang bahagia kat sini..Walaupun musim kemarau, lembu kambing kerbau semua sangat sangat gemuk! Memang sangat suasana kampung ;)

View from above..kena naik bukit...

view pantai kuta, lombok dari atas bukit




Naik bukit guna motor, jalan curam gila! heee..
kelihatan pantai Mawun dihadapan jalan...


oh ya, setiap kali nak masuk ke kawasan pantai2 ni mesti kn standby duit parking ye. harga dalam RP 2ribu- 5 ribu..

Bila kami sampai kat Pantai Mawun, masyaAllah...Punya la cantik pantai dia! Rasa mcm kat syurga! Terus lupa segala masalah & terus lupa segala2nya! Terus rasa tak nak balik! Kawasan ni belum terusik lagi. Tak ada hotel, tak ada jalan yang proper, tak ada kemudahan utk pelancong sangat. Tak ada orang! totally mcm sangat suci! Maybe sbb kami datang awal pagi jadi x la ramai orang,  but this place famous for kaki surfing.




















Tak puas rasanya kat pantai2 di Lombok ni..rasa nak bawa balik je pantai2 ni buh belakang rumah. Bila da tgk kecantikan pantai2 kat Lombok sendiri, taste aku pasal pantai2 pun semakin upgrade lah...Terasa pantai kat pulau redang pun tak boleh nak tandingi kecantikan pantai lombok ni..tehee...

pemandangan kampung di sepanjang laluan ke pantai Mawun


Otw balik dari Pantai Mawun, kitaorang stop berhenti rehat di Ashtari Restaurang & Lounge. Best lepak kat restoran ni kalau waktu sunset sebb view dia yang mengadap laut + atas bukit memang superb! Tapi aku rasa kalau waktu malam mesti akan sangat crowded dan bising. So kalau nak feeling2 romatik mcm fine dining maybe x sesuai kat sini sebab sini mcm lebih utk tempat orang hang out dan make a friend.











Lepas balik dari pantai Mawun, kami singgah ke pantai Kuta, lombok sekali lagi. Semalam kami tak sempat nak singgah pantai Kuta, Lombok (padahal depan hotel je) sebab kitaorang terus ke Tanjung Ann...Then lepas balik dari Tanjung Ann pula da senja / malam, jadi x nampak pun kecantikan pantai Kuta tu semalam. Hari ni, bila dah siang terang benderang mcm ni baru la nampak kecantikan sebenar dia..Tu haaa, pantai dia punya la putih jernih bak kristal...cemburu sangat dengan kecantikan pantai Lombok..Huuu...Kalau la aku kaya memang aku buat istana kat sini..ngeeee....







tu kaki laki aku ye..nak tunjuk betapa jernihnyeee la pantai ni





Lepas da nak tengahari tu kami pun balik smula ke hotel kami, as u can see kawasan rumput kat kawasan ni semua kering kontang sebab musim kemarau




To be honest, percutian ke Lombok memang sangat awesome! sebab pantai2 dia absolutely stunning! Aku sedih juga sbnrnye sebab tak sempat nak ke Gili terawangan sebab orang kata pantai sana lagi cantik2. Selain pantai di Gili terawangan, ada pantai known as pantai pink (pasir dia warna pink) di lombok ni. Jadi memang rasanya kena jadi mcm mat salleh yang cuti berbulan2 tu kot baru puas nak tawaf & explore segala kecantikan lombok ni..

Alkisah, ada terselit juga kisah yang memalukan bila Kecantikan pulau LOMBOK ni memang sangat memukau sampai aku boleh tersalah tgk tiket flight balik!! Sudahnye berlaku la kisah kitaorang tertinggal flight haha..Husband aku da mcm nak nages da sbb habis burn tiket tu..dah la aku beli hot seat! huhuhu...Rasanya memang Lombok pun tak bagi aku balik kot..hahaha..Aku ok je kalau nak stay sambung cuti kan, tp husband aku pula ada urgent meeting esok, jadi nak tak nak kitaorang kena balik juga today...

Ikutkan our flight kol 10 pagi tadi (Air Asia), & akan sampai ke KL dalam kol 3pm. Tapi disebabkan aku da salah tgk tiket sampai la terlepas flight so kitaorang tpksa cari flight altenatif lain..Moral of the story jgn la bg wanita mengandung tgk / ingat benda2 penting mcm ni sebab kita kan kalau waktu pregnant dalam stage mudah pelupa..heee... Sorry hubby :P I love u...hiks

So, dgn rasa tanggungjawab aku pun sanggup la kuarkan belanja cari tiket flight balik. Masa ni la cabaran bermula (terasa mcm amazing race) sbb punya la susah nak cari flight transit!! agak malang juga sebab Air Asia cuma fly sekali sehari je ke Lombok, jadi on that day since da terlepas flight maka tak ada da flight utk ke Malaysia lagi. So kitaorang pun strugle la pegi ke semua kaunter, nekad sebat je any flight yang ke Malaysia @ transit ke Malaysia. Cari punya cari even domestik fight pun smua full. Ingatkan boleh la nak transit ke bali ke or local area lain then transit ke Malaysia kan tp smua pun full. Masa tu harga tiket pun da tak peduli da, asal ada je smua pun aku sanggup sebat.

Kitaorang dgn gigihnye pegi tanya ke semua kaunter, dgn ihsan staff Air Asia yang berusaha tolong kitaorang cari tiket flight nasib baik akhirnya ada tiket flight Air Asia yang transit ke Malaysia di Surabaya tp pukul 9pm nanti..masalahnye skrg mcm mana kami nak ke Surabaya kan. Disebabkan takut tiket ke Malaysia dr Surabaya tu pun full jugak so kami pun terus la book tiket tu on the spot. Lepas da beli settle beli tiket balik dr Surabaya ke Malaysia, kitaorang nak kn cari tiket flight utk ke Surabaya pulak...Nasib baik la ada flight yg available ke Surabaya iaitu flight Lion air..flight kitaorang dalam kol 2 lebih petang tu juga...Fuh, legaaa....kalau tak nages la laki aku kat Lombok tu kalau tak dapat masuk meeting esok. teheee...

kos flight dari Lombok- Surabaya - KLIA 2 = RM 1200 ++...T_T (sampai hari ni laki aku dok ejek aku lagi, pengajaran supaya jgn careless lps ni..huhu...ni la padahnye cuai skit je...uhuhu...

tiket lion air ke Surabaya..harga dalam RM 200 ++
tiket Air Asia dari Surabaya ke KLIA 2, Malaysia..harga dalam RM 900 lebih

hehe aku anggap je la travel ke Surabaya ni as another visit / vacation ke Surabaya pulak kan sebab aku pun tak pernah ke sana..hehe..saje je nak sedapkan hati :P perjalanan dari Lombok ke Surabaya sekejap je..Dalam 45 minit shj kot. then byk la masa lagi kat Surabaya tu. Tp husband aku x nak keluar merayau2 tgk kawasan di Surabaya sebab takut tertinggal flight lagi

Masa sampai ke airport Surabaya ingatkan airport tu sekali ngan international airport kan. Rupa2nya flight ni landing @ domestik airport. Jadi kitaorang kena naik bas shuttle / transport lain ke international airport dia pula (mcm airport subang ke KLIA)...Kitaoarang ke International airport Surabaya naik nas percuma (shuttle bas) yang disediakan oleh Airport tu.. Sepanjang perjalanan tu nampak la aku keadaan dalam kota Surabaya tu mcm mana. Sibuk sangat mcm di Kuala Lumpur tp infastruktur dan keadaan KL way much better la dr sini..hehehe..Surabaya ni mcm kawasan industri sbb banyak kilang2..







 disebabkan kelam kabut kat Lombok masa balik tu + tak sempat nak beli sovenier so aku pun beli la sovenier kat airport Surabaya je. International airport @ Surabaya pun canggih n luas gak. Selasa mcm ala2 klia juga. huhu


cuma dekat airport surabaya ni dia timbang luggage / hand carry yang kita bawa naik flight..




Finally, kami tiba di Malaysia pada pukul 12 tgh malam..Sampai rumah kol 1 am...hhahah sampai rumah then terus pengsan! hahahaa


Memang journey yang penuh kenangan...hhahaha