Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, June 11, 2012

Alhamdulillah~ Selamat sudah: Majlis merisik :D

Yey! Selamat sudah urusan majlis merisik aku..3 hari dua malam aku berhempas pulas buat preparation majlis tu..Akhirnya segalanya berjalan lancar juga..Amin...Ehee..

Aku punya majlis merisik simple jek..Mula2 aku cuak gak, macam mana nak buat majlis ni..Jenuh gak aku google dan buat research kat kawan2..Tanya pengalaman dioarang macam mana..Ada yang cakap kena tunjuk diri masa hidang air panas la, ada yang cakap tunggu je bilik sampai kena panggil la dan sebagainya..Sudahnya aku redha dan biar je takdir yang menentukan segalanya..Pendek kata, just follow the flow...

Aku punya version lak, lepas family belah lelaki sampai, diaorang pun mula la berbincang dengan serius. Kemudian, aku pun menyorok dalam dapur sebab nak sediakan makanan dan juga untuk curi2 dengar perbincangan diaorang tu..Kalau duduk dalam bilik confirm tak dengar kan..Ehee.. Kemudian, ayah aku pun panggil aku untuk sesi menyarung cincin tanda terima / setuju. Masa sarung cincin tu punya la cuak, tangan aku menggigil sampai aku pun kena bahan..Ceh..Ehee...Then, rasa dia masa peluk bakal mak mertua tu..Speechless..Sempat aku tengok mata mak aku..Bergenang air mata dia.....huhu..Pengalaman seumur hidup ni...

Then, lepas sarung cincin ayah aku pun buat ucapan penutup..Then, dia pun invite tetamu semua untuk makan..Disebabkan meja makan aku sempit, jadi aku pun buat la makan2 tu secara bersila..Lepas makan diaorang pun minta izin untuk berangkat sebab ada urusan lain...Then that's it. Aku pun temankan family bakal mertua aku tu ke kereta, borak2 sampai la diaorang berangkat pulang...:) Kemudian? Aku pun kena kemas rumah dan cuci pinggan balik..Huu..Letihnye..Nasib baik majlis buat hari Sabtu, jadi hari Ahad tu aku ada la masa nak berehat sakan :D

Alhamdulillah...Next, akan berlangsungnya majlis bertunang aku yang dijangka akan berlangsung pada bulan 9 ni..Majlis perkahwinan aku pulak dalam masa 6 bulan seterusnya iaitu bulan 2, 2013...Here we go~...Hope segalanya akan berjalan dengan lancar..Amin...

Masa ngah kelam kabut kemas rumah
Lepas kemas layan Hindustan jap :P
Cuci pinggan mangkuk semua
Love this!
Susun makananan semua, siap untuk dihidang!
Masak lemak cili padi..Sedap...nyumnyum
Selamat di booking! Just to share, cincin merisik jari tangan kanan ye :P
Lepas selesai majlis & kemas rumah semua, sambung buat door gift.

My new design : Froggy!

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. babe,, nnti cincin merisik kne pkai belah kiri.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha? ye ke? ehee..Thanks for the info..then cincin bertunang nanti nak pakai jari mana? cincin nikah?

      Delete
  2. jari kanan ke kiri ni...huhu..ade kate pakai kanan dulu...nanti tunang baru belah kiri..sbb cincin tunang nanti pakai belah kanan...
    betol kn saya kalau salah...sbb konfius jugak n...huhu

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!