Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, July 12, 2012

Dugaan bercuti ke Redang

As per my previous entry, my bakal en tunang sedang berkursus selama seminggu sampai la hari Jumaat ni. Disebabkan tempat kursus kali ni sangat strict seems like beliau akan gagal utk escape dari kursus tu pada hari tersebut. Oleh itu, kemungkinan besar dia akan rugi sehari untuk pakej ke Redang tu nanti. Pakej tu selama 3 hari 2 malam (13/7/2012-15/7/2012).

By right tentatifnya semua orang wajib berada di bas stop Kuala Terengganu pada pukul 6.30 pagi & perlu berada di Jeti Merang sebelum pukul  9 pagi (Jumaat : 13/7/12). Btw, kitaorang ke Redang tu bukan berdua2an ye..Kitaorang join trip beramai2 seramai 18 orang kesemuanya! Ni pun aku join sebab kawan aku (Raihana) ajak aku join trip kakak dia (Kak Mas)..

This time da masuk kali ke 3 aku join trip dibawah anjuran kak Mas ni..1st backpackers ke Singapore, then this time da 2 kali ke Redang (the same resort). Kak Mas  ni otai backpacker, releks je travel around the world sendiri2..Takdenye nak pakai tourist agency or tour guide..Takat India, Korea semua relek je...Haish...

Jadi,setakat Redang Kalong ni da banyak kali da kakak dia pergi..Da macam rumah persinggahan dia pun ye...Confirm Redang Kalong ni tempat favorite kakak dia sebab dia asyik datang balik kat tempat yang sama..Dia siap rapat ngan owner resort tu tau!..Last year, kitaorang berempat jek ke sana (Aku, Rai, Kak Mas & Kak Ayu)  This time special sikit sebab Kak Mas invite kawan2 blogger dia (kaki travel) join sama. So, that's why sampai jadi 18 orang ~ So, sila la visit blog kak Mas ni yek : http://theponderofme.blogspot.com/search/label/redang for more info.

Back to the story..Bila rai ajak aku, then aku pun ajak la bakal en tunang sebab group ni pun akan ada lelaki gak. Then, my bakal tunang nieh plak ajak  la sorang kawan dia untuk join sama..Nama kawan dia tu Haziq. Memandangkan Haziq ni pulak segan ngan aku jadi dia pun bawalah kawan dia sekali (unknown).  Semuanya sepatutnya berjalan lancar dan tak ada masalah sebab masing2 pun da apply cuti in advance. Sampailah hari tu aku dapat news bakal tunang aku nieh nak kena pergi kursus & effect satu hari jadual trip tu. Then, macam mana dengan kawan2 dia ni kan????

Difahamkan kawan2 bakal tunang aku  ni akan pickup dia di kem di Pahang tu, then diorg akan terus shoot ke Terengganu pada hari Jumaat tu. For sure diorg akan terlepas bot dari resort pada pukul 9 pagi tu. Masalahnya bot dari resort cuma sehari sekali. Kalau terlepas bot tu kena tunggu on the next day. Altenatifnya diorg kena naik charter bot kat Jeti Shahbandar.

Aku pun call la resort untuk tanya pasal bot tu, then diaorang cadangkan supaya yang terlepas bot di Merang kena naik bot di Shahbandar. Then, today aku call  Pejabat Tourism Malaysia Terengganu  nak confirmkan info. Alhamdulillah. Menurut staff kat pejabat tu dia maklumkan setiap hari pun  ada charter bot ke Pulau Redang, tapi cuma untuk ke kawasan perkampungan.. Jadi, Haziq n the geng kena maklumkan orang bot tu untuk berhenti di depan resort dan orang resort akan pickup diorg dari bot.

Btw, bot di Jeti Shahbandar tu (Bot Sejahtera) hanya akan ada pada pukul 10.30 pagi dan pukul 3 petang sahaja. Harga dia RM 11O (2 hala). Jadi, kalau sehala tu diorg kena bayar RM 55 seorang. Tu je la last option. Kalau terlepas gak charter bot tu, memang confirm, diorg semua kena tunggu the next bot on the next day jek.

Bot di Jeti Merang by Redang Kalong: 9.30 am (Sehari Sekali) - Fees: free (under package)
Bot di Jeti Shahbandar (Charter boat) : 10.30 am & 3pm only (daily basis) - 5 minute from KT bus stop (RM 55 per head)

Lepas da maklumkan kat bakal tunang aku, then dia pun tengah nak suggest kawan2 dia tu supaya teruskan je perjalanan ke Terengganu w/o him sebab dia tak nak kawan2 dia pun rugi sama. Jadi, sekarang tak sure la  macam mana keadaannya nanti..Positif kalau dia dapat escape awal..Kalau lambat memang kawan2 kena tinggalkan dia dan kejar bot..Jadi, bakal tunang aku nieh akan join trip hari ke2 je la iaitu hari Sabtu & Ahad. Aku pula akan bersama group kak Mas ni & akan naik bas pada  pukul 10 Malam ni..Kitaorang akan naik bas di bas stop Putra tepi PWTC tu...Hope perjalanan akan berjalan lancar hendaknya..Sob sob....

Anyway, Thanks to Pejabat Tourist Terengganu sebab sangat friendly dan helpful. Sedaya upaya dia cuba nak tolong aku..=) Nama staff tu Siti..Good job! =)

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu,
Phone: +609 - 630 9433 / 9093

 Ni gambar masa aku pergi ke resort ni tahun lepas =) Enjoyzzz!








Comments
2 Comments

2 comments:

  1. jue!!!!

    our engagement theme and wedding theme sama ok!!!!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Ehee..rasanya memang warna wJib orang pompuan kot :p kebetulan ek..hee.tpx leh kalahkan wedding n majlis U sebab dpt byk sponsor dr contest hebat2 >___< congrats dear!

      Delete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!